Maya Karin Mengaku Masih Intim Dengan Jejaka Perancis
Pelakon Maya Karin mengakui masih menjalin hubungan dengan jejaka berasal dari Perancis dan percintaan mereka sudah memasuki usia dua tahun.
Memetik BH Online, Maya berkata dia tidak menyangka hubungan mereka masih utuh namun mereka jarang berjumpa kerana sibuk dengan karier masing-masing.
BACA: Pensyarah Tak Masuk Kelas Punca Maya Karin Tak Habis Diploma
“Hubungan itu masih berterusan. Tetapi, kadang-kadang saya tidak jumpa dia dalam tempoh lama seperti tiga minggu. Dia sibuk dan banyak melancong di Asia Tenggara.
“Saya cuba jadi realistik. Sekarang saya fikir sedang ubah suai rumah dan mempromosikan filem serta menjalankan penggambaran. Saya sudah beritahu dia kita tidak akan berjumpa untuk tempoh enam minggu.
“Namun, dia cakap mungkin dia boleh datang ke set penggambaran lihat saya bekerja. Dia suka tengok saya kerja,” katanya.
Dalam pada itu, Maya berkata dia tidak menyangka hubungan dengan jejaka tersebut masih bertahan sehingga kini
“Sebenarnya, jangkaan saya hanya dua tiga bulan kemudian reda atau pasrah. Sudah tentu ada pasang surutnya. Kalau dahulu, banyak surutnya. Tetapi sekarang kami saling memahami. Jadi, lebih banyak baiknya disebabkan itu lebih mudah,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Maya berkata dia menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Allah.
“Saya terbuka untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. Dahulu saya sangat gembira berkahwin dan nikmati momen bersama insan baik. Cuma, saya percaya dengan ketentuan Allah… Saya berserah. Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan berkahwin kembali,” katanya.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source