Siasatan guru MRSM Tumpat terlibat pedofilia selesai dalam tempoh sebulan
KOTA BHARU – Siasatan kes seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki dijangka selesai dalam tempoh sebulan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini, seramai empat orang saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Menurutnya, pihak polis juga akan memanggil saksi-saksi lain seperti senior pelajar dan guru-guru sudah bertukar yang berkemungkinan mempunyai maklumat mengenai kes tersebut.
“Kes ini perlu segera diselesaikan kerana ia melibatkan kerjaya guru yang didakwa melakukan perbuatan tersebut.
“Jadi, siasatan mendalam sedang dijalankan dan ia dijangka selesai dalam tempoh sebulan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.
Kosmo! Online semalam melaporkan, polis Kelantan mengesahkan menerima laporan berhubung seorang guru MRSM Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki.
Muhamad Zaki berkata, siasatan juga mengambil kira pelbagai aspek termasuk kandungan WhatsApp dan individu lain yang pernah dihubungi mangsa atau guru terbabit.
Terdahulu, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah mengarahkan siasatan segera ke atas seorang guru yang didakwa melakukan pedofilia di MRSM Tumpat.
Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukannya bakal melawat MRSM Tumpat dalam masa terdekat untuk melakukan siasatan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source