Awah kuzi, gulai ayam laku keras di Pasar Siti Khatijah
KOTA BHARU – Peniaga rempah-ratus Kelantan atau ‘awah’ di Pasar Besar Siti Khadijah di sini hari ini tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang membeli pelengkap masakan itu untuk dimasak sempena Hari Raya Aidilfitri.
Tinjauan Kosmo! mendapati, peniaga sibuk membungkus rempah seperti kuzi, rendang dan gulai ayam seawal pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari tadi.
Seorang peniaga rempah-ratus , Mohd. Firdaus Sultan Kabeer, 32, berkata, orang ramai termasuk pelanggan tetap hadir membeli rempah yang disukat sendiri oleh ahli keluarganya hari ini.
Katanya, sebanyak 1,000 hingga 1,200 kilogram (kg) stok rempah disediakan untuk jualan sempena Hari Raya Aidilfitri.
“Lebih 500 kg rempah kuzi, rendang dan gulai ayam habis dijual setakat pukul 1 tengah hari tadi. Tiga jenis rempah itu paling laris dijual menjelang lebaran.
“Rempah-ratus itu dijual pada harga RM2.50 hingga RM5 untuk 100 gram bergantung kepada jenis ‘awah’,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pasar Besar Siti Khadijah, di sini hari ini.
Seorang pembeli, Wan Hamizah Wan Abdullah, 61, berkata, dia akan datang ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk membeli tiga jenis rempah-ratus itu setiap kali sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menurutnya, dia membelanjakan sebanyak RM50 untuk membeli rempah-ratus berkenaan.
“Rempah yang dijual di sini juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Peniaga juga tidak lokek memberikan resipi masakan menggunakan rempah-ratus yang dijual,”katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source