Fasha Sandha Ada 45 Pasang Baju Raya Tahun Ini
Pelakon Fasha Sandha berkongsikan tahun ini dia bersama keluarga akan pulang ke Rembau, Negeri Sembilan dan Perlis untuk menyambut hari Raya Aidilfitri.
Memetik Astro Awani, Fasha berkata dia turut mempunyai sebanyak 45 pasang baju raya untuk tahun ini dan ianya hadiah daripada rakan pereka fesyen.
BACA: Sibuk Dengan Penggambaran, Fasha Sandha & Aidil Sempat Peluk, Cium Di Tepi Jalan Saja
“Raya pertama di Rembau, manakala raya kedua akan balik bersama keluarga di Perlis pula. Alhamdulillah, tahun ini banyak juga baju raya, setakat ini ada dalam 45 pasang baju juga.
“Ramai orang hadiahkan baju raya kepada saya. Ada yang sedondon dengan keluarga tapi ada yang lain warna,” katanya.
Dalam pada itu, Fasha berkata dia hanya akan membantu dalam menyiapkan bahan-bahan masakan ketika berada di kampung kerana ada individu yang hebat memasak.
“Insya-Allah saya masak saja untuk raya tapi saya tidak la terlalu pandai dalam memasak, ada orang yang lebih pandai dan saya hanya membantu… macam potong bawang.
“Dekat dua-dua kampung ada orang yang memang paling hebat masak. Saya hanya membantu memotong saja,” katanya.
SUMBER: Astro Awani
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source