Tiga maut nahas libatkan dua kenderaan di Kampar
KAMPAR – Tiga lelaki maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta Naza Citra dan sebuah lori jenis Isuzu di Kilometer (KM) 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan pada pukul 1.37 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, nahas itu berlaku semasa kereta Naza Citra yang dinaiki lapan orang termasuk pemandu dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur.
“Secara tiba-tiba tayar kenderaan itu pecah yang membuatkan pemandu kereta itu hilang kawalan lalu terbabas ke penghadang kiri jalan sebelum masuk semula ke lorong kiri.
“Kemudian sebuah lori jenis Isuzu datang dari arah belakang melanggar belakang kereta Naza Citra,” katanya di sini hari ini.
Katanya lagi, impak pelanggaran itu menyebabkan tiga lelaki warga Bangladesh di dalam kenderaan Naza Citra meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Sementara itu, seorang lelaki warga Bangladesh turut mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan dalaman di perut, luka teruk di kepala dan tangan kiri.
“Empat lagi lelaki warga Bangladesh yang terlibat dalam nahas itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source