Puteri Sarah Tak Tahu Punca Syamsul Yusof ‘Hilang’ Dari Media Sosial
Lama rasanya tak dengar cerita mengenai pengarah terkenal, Syamsul Yusof selepas perceraiannya dengan Puteri Sarah. Malah, kali terakhir perkongsiannya di Instagram pada November tahun lalu.
Memetik Astro Gempak, Puteri Sarah berkata dia tidak tahu mengenai perkara itu kerana dia hanya berhubung dengan Syamsul atas urusan anak-anak sahaja.
BACA: Ira Kazar Teruja Jawab Call Syamsul Ketika Live
“Kalau katakan raya pertama itu dia nak datang jumpa anak-anak okay saja. Saya pun masih berhubung dengan dia, cuma untuk anak-anak saja.
“Sebenarnya saya pun tak tahu (Syamsul lama tak aktif IG). Apa yang saya tahu, dia datang untuk jumpa anak-anak saja. Dia hubungi saya untuk jumpa anak saja.
“Saya pun tak pernah tanya apa-apa dekat dia kalau dia mesej nak ambil anak. Ikutkan waktu dia ambil anak pun saya tak ada. Sebab saya sibuk dengan perniagan,” katanya.
Sebelum ini timbul pula khabar angin mendakwa isteri kepada Syamsul iaitu Ira Kazar sedang hamil namun sehingga kini kedua-duanya masih mengunci mulut.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source