Anwar hubungi pemimpin Hamas, ucap takziah atas pemergian ahli keluarga
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh petang tadi bagi mengucapkan takziah di atas berita pemergian tiga orang anak lelakinya dalam serangan udara oleh rejim Zionis, semalam.
Anwar berkata, kehilangan nyawa insan yang tidak berdosa, terutamanya kanak-kanak dalam tragedi tersebut amat sukar diterima oleh mana-mana manusia.
“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi dan semangat kebersamaan yang tinggi bersama keluarga Ismail serta seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan keluarga tersayang.
“Malaysia menzahirkan kecaman dan kutukan sekeras-kerasnya ke atas rejim biadab Zionis Israel yang berterusan melakukan genosid kebencian ke atas warga Palestin,” ujarnya.
Anwar berkata, serangan oleh rejim Zionis tersebut membuktikan mereka tidak mempunyai keinginan untuk melakukan gencatan senjata seperti yang telah dituntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tidak akan patuh kepada prinsip hukum dan undang-undang antarabangsa.
“Serangan kurang ajar oleh rejim pengecut Zionis Israel ini hanya melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian secara aman dengan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia terus diinjak tanpa noktah,” katanya.
Anwar berkata, Malaysia sekali lagi mendesak keras komuniti antarabangsa untuk bertindak tegas dan mempertanggungjawabkan rejim Zionis Israel atas kezaliman tersebut.
“komuniti antarabangsa juga mesti bekerja untuk menjelmakan keamanan buat rakyat Palestin yang telah secara konsisten dinafikan sejak 75 tahun lampau,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source