Elak fitnah cerai, madu Marissa kongsi foto raya dengan Aslam
PETALING JAYA – Meleraikan spekulasi, madu kepada pempengaruh, Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan menegaskan dia masih berstatus isteri kepada Ahmad Aslam.
Demi mengelakkan fitnah, wanita berusia 25 tahun itu berkongsi foto bersama suaminya yang dirakam pada hari raya pertama tempoh hari.
“Untuk kenangan dan mengelak fitnah, saya muat naik gambar raya bersama yang diambil semasa hari lebaran pertama,” katanya menerusi Instagram.
Kata Umisya, sebab utama dia jarang memuat naik hantaran berkaitan suaminya adalah disebabkan enggan terlalu terbuka berkongsi hal peribadi.
“Selamat hari raya, maaf zahir dan batin daripada kami. Yang bertanya, ya kami masih bersama, saya tidak suka terlalu terbuka atas sebab tertentu.
“Bukan sebab pertandingan, cemburu dan lain-lain tetapi hanya untuk kenangan serta mengelak fitnah.
“Jadi, saya muat naik gambar raya bersama (dengan suami) yang diambil semasa hari raya pertama,” jelasnya.
Dalam perkongsian terbabit, Umisya atau lebih mesra disapa Misya bersama Aslam menggayakan pakaian raya sedondon serba merah jambu.
Pada masa sama, Misya turut meninggalkan sepotong ayat dalam bahasa Inggeris berkaitan kebijaksanaan kaum hawa.
“Wanita bijak lebih memilih untuk berhenti berbalah semata-mata kerana Allah dengan individu yang jelas tidak mahu mendengar atau memahami.
Tiada rasa kebencian okey,” ujarnya lagi.
Semalam, madunya yang juga anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa dilihat membawa Aslam menziarahi ibu bapanya pada majlis rumah terbuka keluarga terbabit.
Perkongsian dalam laman sosial itu dilakukan sendiri Abby sambil memaklumkan mahu memberi ruang bagi memperbaiki kesilapan lalu.
Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga serta Misya selaku isteri lelaki terbabit di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source