300 wakil negara hadiri Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024
PETALING JAYA: Lebih 300 perwakilan dari Malaysia, China, Nepal, Pakistan, Thailand dan beberapa negara lain hadir dalam Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024 baru -baru ini.
Forum anjuran Kelab Sahabat Laluan Sutera Malaysia itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Menurut Pengerusi Kelab Sahabat Laluan Sutera Malaysia Samuel Lee, penganjuran forum itu dapat menggalakkan hubungan pelbagai hala dan pertukaran budaya bukan sahaja antara kedua-dua negara tetapi negara serantau.
“Forum ini mengutamakan inisiatif rakyat setempat dalam memperkukuh hubungan serantau dan mempromosikan kemakmuran ekonomi,” kataya dalam kenyataan baru-baru ini.
Forum tersebut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Liu Jianchao dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Dalam pada itu Samuel berkata, penganjuran itu juga secara tidak langsung dapat memperingati warisan sejarah dan kepentingan laluan sutera, serta menggalakkan dialog mengenai nilai nilai peradaban Asia.
Malah katanya, forum itu dapat dijadikan platform kepada diplomat, ahli akademik, dan pelajar universiti bagi pertukaran pendapat .- UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source