Maut ditimbus tanah ketika gali perigi
PASIR MAS – Seorang penggali perigi maut selepas tertimbus tanah ketika sedang membuka ikatan tali pembetung di dalam telaga yang sudah siap digali di rumah penduduk berhampiran Masjid Kampung Gelam Tok Uban, di sini petang tadi.
Mangsa, Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23, ditemui kira-kira pukul 7.15 petang selepas operasi menyelamat menggunakan jengkaut orang awam selepas lebih 1 jam 20 minit tertimbus.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Adnan Muhammad Juri berkata, kejadian berlaku selepas mangsa masuk ke dalam perigi yang sudah disiap digali menggunakan jengkaut.
Menurutnya, mangsa dikatakan masuk ke dalam perigi itu untuk membuka ikatan tali yang diikat pada pembetung ketiga pada kedalaman tujuh meter.
“Berlaku runtuhan tanah secara tiba-tiba hingga menyebabkan mangsa yang berada di dalam perigi berkenaan tertimbus
“Rakan-rakannya yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Adnan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.54 petang sebelum bergegas keluar ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa berjaya ditemui kira-kira pukul 7.15 petang dengan bantuan jengkaut orang awam yang berada di lokasi kejadiaj.
“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan sebaik mangsa berjaya dibawa keluar dari runtuhan tanah itu. Mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source