Ubai terkejut, ambil lesen memandu sekarang cecah RM3,000
PETALING JAYA – Terkejut kadar bayaran lesen memandu terlalu tinggi, pempengaruh media sosial, Ubai MZ mempersoalkan caj melampau yang dikenakan sehingga mencecah RM3,000.
Kata Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 26, harga tersebut dirasakan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang disediakan.
“Tadi bawa adik pergi daftar sekolah memandu. Harga lesen kereta auto RM2,700. Kenapa harga lesen kenderaan ini makin lama makin mahal ya?
“Masih tidak faham kenapa mahal, buku belajar memandu pun bagi dalam atas talian PDF.
“Tapi nak buat macam mana, aku pun dah bayar deposit sebanyak RM900 jadi, reda sahaja lah,” luahnya menerusi platform X.
Senada dengan suami kepada penyanyi Shila Amzah itu, rata-rata netizen turut merasai perkara sama bahkan, ada yang rela membayar saman kerana tidak mampu membuat lesen.
“Memang mahal, padahal servis yang diberikan boleh dikatakan tidak setimpal, buku panduan pun bagi atas talian sahaja, kadang ada cikgu memandu yang ajar ala kadar,” komen netizen itu.
“Kadang aku lebih rela bayar saman daripada buat lesen, harga terlalu mahal, dua bulan gaji belum tentu mampu nak hadap bayaran terlalu tinggi,” demikian komen pengguna X.
Pun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat harga tersebut sesuai dengan ekonomi zaman sekarang.
“Okey la tu harga macam itu, lagipun ambil lesen auto memang mahal, zaman sekarang tiada yang murah, ekonomi teruk,” luah seorang netizen. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source