Mahu berkahwin, punca Syasya tarik diri
PETALING JAYA – Pengunduran diri bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya akhirnya terjawab apabila mengumumkan melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan semalam.
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia Kim Lim menerusi Instagram Story.
Kata Kim, perancangan untuk mendirikan perkahwinan ini antara faktor kepada pengunduran diri Syaya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23 daripada kumpulan itu.
“Berita gembira buat semua, Syasya telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya hari ini.
“Pengunduran Syasya dari Dolla memang mengejutkan semua orang ramai, tapi pihak kami perlu hormat dengan keputusan yang dibuat oleh empunya diri. Kita doakan ikatan yang terbina ini kekal hingga ke Jannah,” katanya.
Tambah Kim, diharapkan perkongsian berita gembira ini dapat menghentikan segala spekulasi yang pernah timbul tentang bekas ahli Dolla itu.
“Pihak kami berharap, semua pihak dan peminat akan terus menyokong karya seni kumpulan Dolla ini,” ujarnya.
Pada 8 April lalu, pihak Universal Music Malaysia telah mengumumkan penarikan diri Syasya dari kumpulan Dolla atas faktor peribadi.
Sebelum itu, kumpulan gadis yang dianggotai oleh Tabby, Angle, Sabronzo dan Syasya ini pernah membawa nama Malaysia ke pentas negara China menerusi rancangan Show It All.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source