“Tak Boleh Nilai Saya Dari Media Sosial..” – Datuk Red Pulang Ke Rumah Datin Red Raya Ketiga, Masih Berlaku Adil Sebagai Suami
Tidak mahu dianggap tak adil, usahawan dan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red berkata dia ada pulang ke rumah untuk beraya bersama isteri pertamanya pada raya ketiga lalu.
Jangan nilai dari media sosial
Menurut Datuk Red, perkara tersebut tidak dihebohkan pada umum kerana sifat isterinya, Datin Red yang tidak suka berkongsi di media sosial. Tambahan pula, usahawan ini mengakui kasih sayang yang diberikan kepada kedua isterinya adalah sama rata.
Sebenarnya pada raya ketiga saya dah pulang ke rumah isteri petama (Datin Red), cuma dia tak suka bergambar, malah saya ada jumpa anak-anak.
Sebab tu saya cakap, dengan Adira cara saya lain dengan isteri pertama lain, tapi tak boleh nilaikan saya hanya dari cerita di media sosial sahaja, kasih sayang saya pada mereka sama berat.
@dato..red #abgred #bangkitsemula #coffeabgred ♬ original sound – yulettayucha
Sedia terima keputusan Adira
Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu dirinya sudah bersedia dengan apa jua keputusan yang diputuskan di mahkamah pada 24 April nanti berkenaan kes cerainya dengan Adira.
Menurutnya, tarikh tersebut merupakan penentuan untuk rumah tangga mereka sama ada diteruskan ataupun berpisah.
Ada perbincangan dengan Adira, tapi apa pun tarikh 24 April adalah titik noktah masalah kami diselesaikan atau diteruskan.
Andai kata Adira nak teruskan, saya terpaksa melepaskannya, saya nak tengok di bahagia sebab saya tak mampu beri dia kebahagiaan macam suami orang lain, saya tak nak tambah derita dia.
Untuk info, Adira telah memfailkan kes cerai terhadap Datuk Red pada 25 Oktober lalu manakala Datin Red juga melakukan hal yang sama pada Januari lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source