“Ibu Minta Maaf Nak..” – Luahan Hati Mendiang Anggota TLDM Yang Terkorban Dalam Nahas Di Lumut Undang Sebak Netizen
Satu perkongsian daripada mendiang Joanna Felicia yang juga mangsa nahas pertembungan antara dua helikopter milik Tenter Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam telah membuatkan hati netizen sebak di Facebook.
Luahan mendiang Joanna meruntun hati netizen
Dalam perkongsian itu, Joanna dilihat menulis panjang lebar luahan isi hatinya terhadap anak sulungnya.
Hantaran itu kemudiannya menjadi tular dan menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen yang sejak semalam ingin mengetahui siapakah mangsa-mangsa nahas tragedi yang menyayat hati itu.
Untukmu Anak PERTAMA ku… Yang lahir ketika aku belum siap menjadi seorang ibu..Bahkan kamu tumbuh di saat teman-temanku masih berpetualang mengelilingi dunia..Orang bilang,aku yang mendidikmu..Nyatanya,kamu lah yang mengajarkan hikmah padaku..
Suatu saat,ketika aku telah tiada..Dan kamu mengenang ku sebagai seorang ibu pemarah.. maka,bacalah ini Nak..Apapun yang dunia katakan, kamu tetap menjadi cinta pertama Ibu,Selamanya..
Netizen luah rasa simpati
Difahamkan, mendiang meninggalkan dua orang anak yang masing-masing berusia 3 dan 1 tahun.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mengucapkan takziah dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang serta mangsa-mangsa tragedi yang lain.
Moga anak ini selalu kuat & berjaya suatu ketika nanti yaa Tuhan… di saat ibunya telah dijemput Mu terlalu awal..
Awal pagi semalam, negara dikejutkan dengan kejadian pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90. Dalam tragedi itu, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang disahkan maut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source