Tragedi helikopter TLDM: Majlis umum calon Perpaduan dimulakan dengan bertafakur
HULU SELANGOR – Majlis pengumuman calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dimulakan dengan bertafakur bagi memberi penghormatan kepada 10 kru Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter, semalam.
Hampir 1,000 masyarakat pelbagai kaum yang hadir di sini, dilihat bertafakur selama satu minit berdasarkan kepercayaan masing-masing.
“Marilah kita bersama-sama bertafakur bagi menghormati 10 anggota tentera yang terkorban,” kata pengacara dalam majlis yang berlangsung di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu, di sini malam ini.
Turut hadir, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amirudin Shari dan Ketua Penerangan PKR, Ahmad Fahmi Fadzil.
Selain itu, hadir sama ialah Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek, Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP, Young Syefura Othman dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 10 anggota dan pegawai TLDM dilaporkan terkorban selepas helikopter dinaiki mereka berlanggar bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Lumut, Perak. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source