“This Means War!” – Wartawan Isytihar ‘Perang’ Terhadap Aliff Aziz Gara-Gara Kenyataan Tuduh Media Pusing Cerita & B*doh
Satu perkongsian daripada seorang wartawan media hiburan hari ini di Instagram Story telah mencuri perhatian warga maya di media sosial.
Wartawan isytihar ‘perang’ terhadap Aliff Aziz
Dalam hantaran tersebut, wartawan berkenaan dilihat meluahkan isi hati dan geram dengan tindakan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz yang menuduh mereka sebagai putar belit dan bodoh.
Berikutan itu, ‘geng-geng’ media mula ‘mengisytiharkan’ perang terhadap aktor itu.
Reaksi itu difahamkan berpunca apabila Aliff meminta Ruhainies untuk tidak sewenang-wenangnya mempercayai apa yang diterbitkan di media berkaitan sebutan kes perceraian antara dia dan Bella tempoh hari.
Wartawan bodoh dan putar belit cerita
Kata Aliff dalam tangkap layar mesej tersebut, wartawan didakwa menulis tajuk putar belit dan melabel mereka sebagai bodoh.
Ia merujuk kepada kenyataan Aliff ketika berada di hadapan hakim mahkamah syariah sama ada dia masih menyayangi Bella atau tidak dan aktor itu dilaporkan menjawab ‘ya’ ke atas pertanyaan hakim itu.
Wartawan itu juga memberi peringaatan bahawa segala aib yang dilakukan Aliff Aziz bersama Ruhainies pasti akan terdedah kepada umum pada akhirnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source