Lebih kenal Aliff, Sarah Yasmine tolak ajakan damai Ruhainies
PETALING JAYA – Dilihat sebagai ‘penyondol’ tegar yang sanggup membuka aib sendiri demi membela kekasihnya, pelakon Aliff Aziz, wanita Singapura Sarah Yasmine bertegas enggan menerima permohonan maaf Ruhainies.
Katanya, peluang untuk bercakap jujur sudah diberikan kepada dramatis kecil molek itu sudah tamat. Kini, segala permintaan dan ruang perdamaian yang ditawarkan Ruhainies sudah sudah tertutup.
“Saya sekat awak dalam WhatsApp kerana saya enggan lagi bercakap dengan awak. Jadi, ambil maklum.
“Saya beri awak peluang untuk jujur dengan saya tetapi kali kedua awak tipu saya. Apa yang buat awak fikir saya akan percaya dengan kata-kata awak sekarang.
“Jadi, kenyataan umum saya terhadap permohonan maaf awak secara terbuka adalah masih tidak diterima. Terima kasih, assalamualaikum,” katanya menerusi hantaran Instagram.
Dalam hantaran sama, Sarah turut menunjukkan tangkap layar mesej langsung (DM) daripada Ruhainies awal pagi tadi yang berhasrat ingin berjumpa bagi menjernihkan keadaan.
“Jom jumpa. Sejujurnya, saya rasa kita patut hentikan kekacauan yang terjadi. Ayuh bergembira dan berlaku jujur terhadap masing-masing.
“Awak, Bella dan saya perlu duduk dan berbincang bagaimana untuk tamatkan segalanya. Saya bersedia untuk berjumpa semua orang.
“Kita patut bergembira dan mulakan hidup baru. Insya-allah,” tulis Ruhainies yang ingin menyelesaikan semua permasalahan.
Seperti hanya jauhari jua mengenal maknikam, Sarah bagaimanapun mengakui ebih mengenali sifat teman lelakinya dan mendakwa semua perbualan tersebut ditulis Aliff, bukannya Ruhainies.
“Awak perlu tahu bahawa saya sangat mengenali Aliff, lebih daripada awak mengenalinya.
“Untuk itu, ini penulisan dia kan? Bahasa Inggeris awak juga teruk. Hentikan cubaan memperbodohkan saya, sejujurnya semua ini sangat penat.
“Dia boleh mesej saya secara peribadi sekiranya dia mahu sebelum ini kerana saya baru sahaja menyekat dia dan juga awak,” jelasnya lagi.
Awal pagi tadi, pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Fareha Zainul Ilyas, 32, meluahkan hasrat mahu bersemuka dengan isteri kepada Aliff dan Sarah Yasmine bagi menyelesaikan kekecohan yang terjadi selain memohon maaf secara terbuka.
Sedar kesilapan diri yang tercetus sejak 9 Mac lalu, Ruhainies tidak henti-henti memohon maaf kepada semua yang terlibat dan yang terkesan dalam isu kecueaterbabit. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source