1MDB: Najib hadir prosiding pertama kali hari Sabtu
KUALA LUMPUR – Hari ini buat pertama kalinya prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada Sabtu.
Ini merupakan perbicaraan kali pertama dibuat pada hujung minggu ini yang mana kes bicara tersebut berlangsung pukul 8.30 pagi. Najib tiba di mahkamah diiringi pegawai dari penjara.
Perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi yang bermula pada Ogos 2019 di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan).
Untuk rekod, tarikh-tarikh hari Sabtu yang telah ditetapkan ialah 27 April, 4 dan 25 Mei serta 1, 8 dan 15 Jun sebagai tarikh tambahan untuk mendengar kes terbabit.
Tarikh-tarikh itu ditetapkan selepas saksi ke-50 pendakwaan, iaitu bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo selesai diperiksa balas oleh pendakwaan yang mana Hakim itu kemudian menetapkan beberapa tarikh berikutnya termasuk pada hari Sabtu untuk menyambung perbicaraan.
Setakat ini seramai 50 saksi telah dipanggil memberi keterangan sejak prosiding ini bermula dan kini berlanjutan lebih 200 hari.
Antara saksi tersebut ialah bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Pengarah 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source