Selangor FC mudah belasah DPMM FC
PETALING JAYA – Selangor FC jelas bukan tandingan DPMM FC apabila merekodkan kemenangan selesa 4-0 pada aksi Piala Cabaran Asia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Bagaimanapun masih banyak kerja rumah menanti pengendali pasukan, Nidzam Jamil khususnya untuk memperkukuhkan jentera serangan yang dilihat mempersiakan banyak peluang terbaik.
Red Giants kini mempunyai tempoh kira-kira dua minggu saja lagi untuk perkukuhkan pasukan sebelum aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim 10 Mei ini.
Walaupun DPMM FC turut mencipta gerakan, kualiti pemain jelas lebih berpihak kepada Selangor FC yang sepatutnya mampu menghasilkan lebih banyak gol di babak pertama.
Terdahulu, Red Giants membuka jaringan seawal minit ke-14 menerusi Noor Al Rawabdeh diikuti gol kedua daripada Alvin Fortes pada minit ke-30.
Selain keputusan kurang tepat yang dilakukan, kecemerlangan penjaga gol DPMM FC, Kristijan Naumovski turut menafikan hasrat tuan rumah untuk memperoleh tambahan jaringan.
Red Giants hanya memerlukan 11 minit di babak kedua untuk memperoleh gol ketiga, sekali lagi menerusi Al Rawabdeh.
Walaupun DPMM FC dilihat kebal melakukan tugasan bertahan, Fortes sekali lagi menyerlahkan kualiti dirinya apabila meledak gol keempat Red Giants pada minit ke-68.
Pada aksi di sebelah petang, kelab Singapura, Balestier Khalsa FC 1-0 ke atas Young Elephants FC hasil jaringan tunggal Kodai Tanaka menerusi penalti pada minit ke-42. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source