Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah pukul pelatih tukar pengakuan
SEREMBAN – Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah swasta yang mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki di pusat menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
M. Jason Jai Ganesh, 48, dan Kelvin Raymond, 26, mengubah pengakuan berkenaan ketika sebutan semula kes di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi yang mana ketika prosiding bulan lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk serahan laporan perubatan dan hukuman.
Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya secara bersama didakwa sengaja menyebabkan cedera parah kepada mangsa berusia 38 tahun menggunakan paip polyvinyl chloride (PVC) di pejabat pengurusan pusat pemulihan di Lenggeng, Nilai dekat sini kira-kira 11 pagi, 19 Mac lepas.
Oleh itu, kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A. Aziz dan kedua-dua tertuduh diwakili Patrick Samuel Sebastian.
Patrick dalam rayuannya memohon wang jaminan yang rendah buat kedua-dua tertuduh memandangkan mereka berasal dari keluarga yang miskin, selain mempunyai tanggungan keluarga.
Kedua-duanya juga menurut Patrick sudah berada di penjara dari tarikh ditangkap Mac lalu.
Meor Sulaiman kemudiannya kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin, ses kes disebut semula pada 21 Jun ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source