462 anggota bomba sukarela tangani kebakaran kawasan terpencil di Kelantan
PASIR MAS – Seramai 462 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Kelantan bertindak sebagai responden pertama atau ‘first responders’ dalam menangani insiden kebakaran di kawasan terpencil di negeri ini.
Ketua Cawangan Pengurusan Bomba Sukarela dan Bantuan Kelantan, Mohd. Faizol Hisyam Abdullah berkata, kesemua anggota itu berada dalam 19 PBS di seluruh negeri ini yang akan membantu bomba ketika kecemasan.
“Anggota PBS dapat mencapai sasaran masa tindak balas sebelum 10 minit anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiba di lokasi kejadian. Peranan mereka amat diperlukan di kawasan terpencil kerana mereka paling dekat dengan komuniti,” katanya ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Balai Bomba Sukarela Rong Chenok, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Faizol Hisyam memberitahu, setakat ini, hanya dua balai bomba sukarela beroperasi iaitu di Rong Chenok di sini dan Kampung Bertam, Gua Musang dan setiap balai bomba sukarela dilengkapi dengan pakaian kalis api, peralatan memadam kebakaran serta bot. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source