Teori Warna Pun Boleh Digunakan Pada Ubat Gigi? Ubat Gigi Warna Ungu Boleh Bantu Cerahkan Gigi Anda!
“Make-up dah on point.
Tapi sayang gigi kuning.”
Hmm, nak selfie dengan kawan-kawan pun kena sorok-sorok takut ternampak? Belum lagi, pergi dating, ish malunya! Baju dah cantik, make-up pun dah on point tapi gigi masih kuning?
Eh, jangan risau gigi pun boleh gunakan teori warna.
Hmm, agak-agaknya boleh percaya kee? Meh sini kami kongsi.
Teori Warna: Ungu + Kuning = Putih, Mampu Mencerahkan Gigi
Anda masih ingat tentang roda warna yang dipelajari di sekolah? Atau lebih dikenali sebagai roda warna RGB. Kalau anda nak tahu, roda warna yang sering dipelajari itu merupakan teori warna.
Eh, warna pun ada teori?
Ia juga sering digunakan dengan menggabungkan dua warna bagi menghasilkan warna yang baru seperti, warna ungu yang digabungkan dengan warna kuning dapat meneutralkan warna gigi kepada warna putih.
Kalau anda nak tahu, teori warna juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah gigi kuning tau.
Colgate Optic White Purple Diinspirasikan Oleh Teori Warna
Teori warna sering digunakan dalam pelbagai produk kecantikan. Antaranya adalah concealer, syampu berwarna ungu dan banyak lagi.
Eh, ingatkan dalam solekan je ada colour corrector ni. Ubat gigi pun boleh dijadikan sebagai colour corrector?
Tambahan terbaru produk pemutihan gigi Colgate dalam siri Optic White, iaitu Colgate Optic White Purple.
Ubat gigi yang diinspirasikan oleh teori warna ini mampu mencerahkan gigi dengan selamat.
Selain pes berwarna ungu yang unik, ia juga mengandungi High Clean Silica, dan Core Shell Silica yang membantu menyingkirkan kotoran pada permukaan gigi.
Pengalaman Menggunakan Colgate Optic White Purple
Kami diberi peluang, untuk mencuba sendiri ubat gigi Colgate Optic White Purple yang mampu memutihkan gigi anda.
Ubat gigi Colgate Optic White Purple ini mampu menghasilkan buih berwarna ungu yang pastinya unik. Pengalaman yang cukup luar biasa dapat kami rasai dalam setiap penggunaan.
Ia juga bukan sekadar mencerahkan. Namun ia mampu memberikan kesegaran bagi setiap penggunaan dengan rasa pudina yang segar dan sedikit manis.
Kami dapat melihat peneutralan tona kuning serta-merta apabila kami menggunakan Colgate Optic White Purple yang meninggalkan kami dengan senyuman yang menawan.
Siapa yang tak nak kesan pemutihan gigi tetapi tetap selamat? Sebab itulah, kami memilih untuk menambahkan Colgate Optic White Purple dalam rutin seharian. Sambil membersih, juga dapat mencerahkan.
Temui Beauty Hack Terbaru Dengan Bas Purple Beauty Hack
Bagi menyemarakkan lagi pelancaran Colgate Optic White Purple di Malaysia, anda berpeluang untuk merasai secara langsung bagaimana teori warna digunakan bersama “Colgate Purple Beauty Hack Bus” di pusat beli belah dan universiti terpilih di sekitar Lembah Kelang dan Pulau Pinang bermula 3 Mei sehingga 26 Mei.
Anda dapat mengikuti perjalanan Colgate Optic White Purple untuk mengenali teori warna, menyertai pelbagai aktiviti menarik, mencuba produk terbaru Colgate iaitu Colgate Optic White Purple.
Paling penting anda dapat beraksi dengan senyuman menawan di ‘photo booth’, serta membawa pulang hadiah MISTERI.
Untuk maklumat lanjut , ikuti media sosial Colgate di Instagram sekarang.
Kuasa Pencerahan Menggunakan Teori Warna
Tunggu apa lagi, jom dapatkan “Beauty Hack” terkini menggunakan teori warna hanya dengan Colgate Optic White Purple. Jadikan senyumanmu lebih cerah dan menawan hanya dengan Colgate.
Bagi anda yang ingin mendapatkan Colgate Optic White Purple, ia boleh didapati di mana-mana kedai berhampiran anda atau Colgate official store di Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source