Rozie Othman Kecewa Cucu Keluar Dolla, Syasya Ikut Suami Sambung Belajar Luar Negara
Pelakon Rozie Othman mengakui kecewa apabila cucunya yang juga bekas anggot Dolla iaitu Syasya Rizal mengambil keputusan keluar dari kumpulan tersebut ketika namanya berada di puncak.
Menerusi temu bual bersama Melodi, pelakon berusia 61 tahun itu bagaimanapun reda dengan keputusan cucunya itu serta mendoakan yang terbaik buat Syasya.
BACA: Mahu Berkahwin Punca Syasya Undur Diri Dari Dolla
“Syasya, mummy (nama panggilan Rozie) ucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu walaupun mummy ada rasa kecewa kerana nama awak tengah naik dan buat keputusan untuk berkahwin.
“Mummy dan keluarga terpaksa berlapang dada dan apa-apa keputusan, insya-Allah kalau suatu hari nanti awak mahu kembali. Saya doakan awak.
“Namun, bila dia buat keputusan tarik diri memang agak kecewa. Ramai kawan-kawan bertanya tetapi saya tiada jawapan. Mungkin Allah tentukan untuk dia tidak bernyanyi lagi,” katanya.
Sementara itu, Rozie berkata Syasya terpaksa keluar daripada Dolla untuk mengikuti suaminya yang menyambung pengajian di luar negara selepas Raya Haji.
Dalam pada itu, Rozie berkata ketika majlis pernikahan Syasya dia berada di Tanah Suci dan bersyukur doa untuk melihat Syasya menutup aurat termakbul.
“Masa dia mahu bernikah, saya sebulan berada di Tanah Suci. Saya berdoa kalau Syasya mahu cipta nama minta dia tukar penampilan supaya tidak seksi dan biarlah nampak kewanitaan. Tetapi mungkin Allah kabulkan sekarang ini dia sudah bertudung dan terpaksa keluar dari kumpulan,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source