PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN diarah ‘kunci mulut’ sehingga esok
HULU SELANGOR – Kepimpinan Perikatan Nasional (PN) mengarahkan calonnya untuk ‘mengunci mulut’ pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Khairul Azhari Saut, 54 turut menolak untuk bertemu pemberita selepas menghadiri solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang kali, di sini hari ini.
“‘No…. no’ (tak nak, tak nak),” katanya ringkas sebelum beredar dari pekarangan masjid.
Sementara itu, pegawai pengiringnya memaklumkan, Khairul Azhari tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan sehingga hari mengundi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut, esok.
“Calon tak akan bercakap dengan media sampai (hari mengundi). Itu arahan daripada (atas). Tolong hormat (keputusan tersebut). Sebelum ini calon (telah) beri kerjasama yang baik,” ujarnya.
Dalam PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari yang bertanding dalam pertembungan empat penjuru berdepan tentangan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, mendiang Lee Kee Hiong 21 Mac lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi esok membabitkan 39,362 pengundi berdaftar. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source