[VIDEO] ‘Doakan Allah hadiahkan saya kereta baru, ujian sebulan kahwin’
PETALING JAYA – Perkongsian pemandu e-hailing yang terlibat dalam insiden pokok tumbang di Jalan SultanI smail, Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai di TikTok.
Hari ini, pemandu kereta Perodua Bezza berwarna merah, Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli, 26, berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) keretanya ketika kejadian meragut satu nyawa itu.
Menerusi video terbabit, jelas kedengaran bunyi pokok besar berusia 50 tahun sebelum ia jatuh menghempap landasan monorel serta 18 kenderaan lain.
“Terima kasih atas doa semua. Doakan saya Allah hadiahkan saya kereta baharu ya. Ujian baru sebulan kahwin,” kongsinya menerusi hantaran di TikTok hari ini.
Lelaki itu bersama seorang penumpang wanita warga Sweden, 72, dilaporkan terselamat dan difahamkan wanita terbabit masih mendapatkan rawatan di hospital.
Orang ramai turut meluahkan rasa sebak lebih-lebih lagi Abdul Hayyi tidak putus-putus mengucapkan kalimah suci Allah ketika berdepan situasi getir itu.
Para pengikut juga sempat bertanya berkenaan rahsia doa serta amalan sehariannya kerana terselamat dalam kemalangan itu meskipun kereta dipandunya remuk teruk.
“Boleh tanya keluar rumah sebelum kejadian ada baca doa ke, krana berkat doa,” tanya Yusnida.
“Saya ada dengar ustaz cakap kalau kita terselamat dari kecelakaan, ia disebabkan doa ibu dan amalan sedekah kita,” kata Miey.
“Tak sangka nampak ‘slow’ je pokok tu tumbang tapi bila hempap kereta baru tahu sangat-sangat kuat. Semoga dipermudahkan,” kata Wiz Jannah.
“Aku tak boleh bayangkan jika ada anak bini dalam kereta. Semoga semua dimewahkan rezeki,” komen PokDik. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source