Liga Super: Terengganu menjinakkan Perak 3-1
KUALA NERUS -Terengganu FC (TFC) dipaksa bekerja keras sebelum meraih menumpaskan 3-1 ke atas Perak dalam aksi sulung Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.
Kemenangan itu dibantu jaringan menakjubkan Nurillo Tukhtasinov seawal minit keenam yang melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti hasil umpanan Faris Rifqi Abdul Rashid.
Gol awal itu gagal dimanfaatkan TFC yang membenarkan pelawat kembali dalam permainan namun mujur tandukan Luiz Henrique berpunca hantaran Luciano Guaycochea sekadar menggegar palang pada minit ke-38.
Bersambung babak kedua TFC bagai hilang punca apabila pemain Perak, Lee Tae Min merampas bola dari kawalan Manuel Ott sebelum dia dijatuhkan dalam kotak penalti minit ke-61 dan dimanfaatkan Luciano yang mudah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.
Lima minit kemudian TFC menarik nafas lega setelah bola hantaran pemain gantian, Nik Sharif Haseey Mohd. Lazim dari sebelah kanan tertolak masuk ke gawang sendiri oleh Shivan Pillay untuk mendahului 2-1.
Pemain gantian, Chukwu Chijioke, yang dinaikkan ‘pangkat’ dari TFC II melengkapkan kemenangan 3-1 tuan rumah selepas bijak menyudahkan hantaran Engku Nur Shakir Engku Yacob pada minit ke-81. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source