“Tahun Ini Tahun Terakhir Saya Jadi Penyanyi. Tahun Paling ’Suwey’” – Emosi Tercalar, Aliff Syukri Akui Putus Asa
Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri akui sudah membuat keputusan untuk berhenti menyanyi.
Kata usahawan berusia 37 tahun itu, keputusan tersebut dibuat disebabkan usianya yang semakin meningkat.
Tahun paling malang
Pada masa yang sama, ia juga kerana faktor sering terpalit dengan kontroversi karya lagu yang tidak menghormati agama dan budaya sehingga menjadi kes mahkamah.
Tahun ini adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini adalah tahun paling ‘suwey’ (malang).
Setiap gerak geri saya dikritik, bahkan, kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan. Sedikit sebanyak, ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda.
Emosi tercalar
Tambah Aliff, walaupun sudah mencuba sedaya upaya untuk menutup masalah menimpa namun dia akui emosinya tetap tercalar.
Anda tahu mengenai kes saman saya? Ia tak mudah. Saya cuba tutup masalah saya, tapi, dalam keadaan ekonomi sekarang, sedikit sebanyak ia mencabar dan emosi saya tercalar.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia berharap agar dirinya tidak dilupakan meski selepas ini tiada lagi lagu diterbitkan olehnya seperti tahun-tahun sebelum ini.
Katanya lagi, dia ingin membuka peluang kepada artis-artis baru (BBNU) untuk tonjolkan bakat mereka dan menyerlah sebagai penyanyi.
Tapi, janganlah kerana tak ada lagu, anda lupakan saya. Berilah BBNU baru untuk naik pula. Saya sampai bergaduh suami isteri dan bukan gimik. Jujurnya, saya dah putus asa. Mungkin saya dibenci sebagai penyanyi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source