Sebelum ‘dia’ hempap, baik tebang
LIPIS – Sekumpulan 14 penduduk di sini, bertindak menebang 10 batang pokok besar di tepi jalan selepas bimbang tragedi yang berlaku di ibu negara berulang di kawasan mereka di Kampung Bukit Betong di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung Bukit Betong, Badra Isa Abdul Hamid berkata, mereka bimbang pokok di situ akan tumbang bukan sahaja ketika ribut, malah semasa cuaca baik.
“Pangkal pokok sudah reput dan condong ke arah jalan. Kebanyakan melibatkan pokok durian, kelapa dan rambutan berusia lebih 40 tahun.
“Situasi itu mendatangkan risiko kepada penduduk yang lalu lalang di situ. Oleh itu, penduduk mengambil masa sehari untuk tebang dan dibantu dua pakar penebang balak,” katanya.
Menurut Badra Isa, walaupun disertai pakar tebang balak, mereka menggunakan tali untuk menarik batang pokok daripada tumbang ke atas jalan ketika ditebang sekali gus menjimatkan masa mengemas.
Seorang penduduk, Muhamad Jusuh, 50, berkata, 10 batang pokok itu memang perlu ditebang kerana keadaannya yang merisaukan.
“Tindakan itu wajar untuk elak bencana yang lebih besar seperti ditimpa dahan dan batang,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source