“Suami Syasya Kata Kalau Tak Kawin, Nak Cari Orang Lain”
Pelakon Rozie Othman yang juga nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal mengatakan suami cucunya itu mahu Syasya mengikutinya ke luar negara dengan ikatan yang sah.
Memetik Oh Bulan, Rozie mendakwa jika Syasya enggan menuruti permintaan untuk berkahwin, dia terpaksa melupakan hubungan mereka. Katanya lagi, Sasya ketika itu masih belum bersedia untuk berkahwin.
BACA: Rozie Othman Kecewa Cucu Keluar Dolla, Syasya Ikut Suami Sambung Belajar Luar Negara
“Suami Syasya nak sambung belajar dan mahu ikatan mereka sah sebagai suami isteri. Jika diikutkan Syasya masih belum bersedia tapi suaminya kata kalau tidak (mahu berkahwin) nak cari orang lain.
“Saya kecewa juga apabila pulang dari Makkah dapat tahu Syasya nak bernikah. Saya ada tanya kenapa tergesa-gesa? Tapi mereka sudah rancang sejak awal. Tapi itu semua ketentuan dan kuasa Allah,” katanya.
Sementara itu, Rozie berkata lagi suami Syasya tidak bekerja kerana bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas Hari Raya Aidiladha nanti.
Dalam pada itu, Rozie turut menitipkan nasihat kepada cucunya itu agar menjadi isteri yang solehah serta pandai menjaga diri ketika berada di luar negara kelak.
“Buat masa sekarang suami Syasya tak bekerja sebab akan sambung belajar tak lama lagi. Saya ada pesan pada Syasya agar dia jadi isteri yang baik dan solehah kepada suaminya dan sentiasa jaga diri apabila berada di tempat orang nanti.
“Kalau suatu hari nanti nak buat kemunculan semula, kena pandai bawa diri dan jaga nama baik suami,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source