Produk Malaysia tarik RM10 juta potensi jualan di Australia
PERALING JAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menjangkakan sebanyak RM15 juta berupaya
dijana oleh usahawan bimbingannya di Pameran Perdagangan Foodservice Australia 2024 di International Convention Centre (ICC), Darling Harbour, Sydney.
Pameran perdagangan yang berlangsung dari 19 hingga 22 Mei 2024 di ICC, Darling Harbour, Sydney telah diketuai oleh, Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Suriani Ahmad dan turut disertai oleh 14 usahawan produk halal.
Beliau juga telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pavilion Malaysia di Foodservice Australia 2024. Penyertaan di Foodservice Australia 2024 adalah hasil kerjasama antara KUSKOP, Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), SME Bank dan UDA Holdings Berhad.
Dalam kenyataan beliau, Suriani menyatakan harapannya bahawa penyertaan kali pertama di Foodservice Australia ini akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas bagi usahawan tempatan terutamanya dalam sektor halal di pasaran global.
Ini juga selari dengan inisiatif memperkenalkan dan memperkukuhkan jenama Halal Malaysia serta memudahkan akses produk ke pasaran antarabangsa.
Beliau turut menyoroti potensi pasaran halal global yang dijangka mencapai USD$9 trilion menjelang tahun 2030.
Semasa program itu, beliau juga menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman di antara syarikat G & H Cake House Sdn. Bhd. dengan Kirpa Traders Pty. Ltd. (Subsidiary Of Agro 19 Berhad) bagi membekalkan produk Almond Oatmeal Cookies, Fruity Oatmeal Cookies dan Chocolate Oatmeal Cookies di Sydney.
Beliau juga mengambil kesempatan melancarkan tiga produk terbaru untuk syarikat Roseputih Sdn. Bhd. (The Original 5 Paste In 1, Nasi Ayam + Kam Heong +Sambaloca + Sambal Tumis + Sotomix) dan Syarikat Palm Fiber Sdn. Bhd. (Fiber drink In Filter Cup) dan Syarikat Samz Holding Sdn Bhd (sos berperisa rendang).
Pavilion KUSKOP memperkenalkan pelbagai produk halal berinovasi seperti Fiber Drink in Filter Cup, sos berperisa rendang dan antara yang menjadi perhatian adalah dark chocolate keluaran tempatan, produk sedia
untuk di makan seperti bubur cendawan, patty burger 100 peratus berasaskan buah nangka dan cendawan serta produk-produk pes segera.
KUSKOP berharap penyertaan ini akan meningkatkan eksport produk halal negara serta memperkukuh hubungan perdagangan dua hala Malaysia dengan Australia. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source