110 peserta sertai tilawah dan hafazan Al-Quran
KUANTAN – Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi, membuka tirainya hari ini bertempat di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.
Program yang berlangsung selama enam hari berakhir 28 Mei itu nanti merupakan program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kerajaan Pahang.
Seramai 29 peserta, masing-masing 14 qari dan qariah serta seorang johan menunggu qariah menyertai tilawah, manakala 81 peserta bagi hafazan.
Majlis yang bertemakan ‘al-Quran Dihayati, Negara Diberkati’ itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, malam ini.
Penganjuran kali ke-66 itu turut menyaksikan beberapa penambahbaikan dalam format pertandingan berbanding sebelum ini antaranya termasuk mewajibkan peserta membaca dua lagu wajib secara berturut-turut dan menyelesaikan bacaan dengan sekurang-kurangnya empat maqamat dalam masa 10 minit.
Bagi kategori hafazan pula, MTHQK tahun ini menyaksikan pembaharuan di mana soalan akan dikemukakan tanpa disebut atau dinyatakan nombor ayat, nama surah, juzuk dan muka surat seperti lazim selain diwajibkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 baris dalam masa dua minit.
Setiap pemenang bagi kategori tilawah dan hafazan akan membawa pulang wang tunai, wang tambahan untuk menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil penyertaan.
Kesemua peserta juga turut menerima ‘duit saku’ sebanyak RM1,000 sebagai penghargaan daripada Kerajaan Pahang. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source