Pernah Menang 7 Kereta, Tak Suka Memandu Punca Mawi Tiada Lesen
Penyanyi Mawi berkata dia tidak suka memandu serta tidak minat dengan kereta membuatkan dia tidak memiliki lesen memandu sehingga hari ini.
Memetik Harian Metro, Mawi berkata dia juga tidak bercadang untuk mengambil lesen memadu apatah lagi isterinya, Ekin serta pengurus sentiasa ada bersamanya. Mawi berkata cuma memandu di kawasan rumah atau dalam kampungnya.
BACA: Ekin Tak Pernah Cek Telefon Mawi Sejak Kahwin
“Saya memang tak ambil lagi (lesen memandu). Bukan sebab trauma atau apa, tidak langsung. Cuma, saya memang tidak suka memandu,” katanya.
“Kalau saya memandu pun, hanya bawa (pandu) depan rumah saja. Dalam kampung, saya bawalah. Di Felda (Taib Andak) itu kampung saya, okaylah. Tapi, keluar ke jalan utama memang saya tak bawa.
“Saya tak suka pandu kereta. Kalau keluar dengan isteri, dia yang akan memandu. Kalau pergi kerja pula, pengurus saya, abang Talib akan pandu,” katanya.
Menurut Mawi lagi, dia mengikut sikap bapanya, Allahyarham Ani Ahmad yang tidak suka memandu kereta dan tidak pernah membeli kereta.
“Bila saya tengok balik, bapa pun tak suka memandu juga. Dulu, bapa cuma ada motosikal, dia tak pernah beli kereta.
“Kalau dia nak keluar, dia akan telefon ‘prebet sapu’ (kereta sewa) yang diusahakan rakannya di kampung. Nak pergi klinik atau bawa anak-anak ‘shopping’ (membeli-belah), dia akan ‘call’ rakannya itu,” katanya.
Dalam pada itu, Mawi berkata ada hadiah kereta yang dimenanginya diberikan kepada adik-beradiknya untuk kegunaan harian dan ada juga telah dijual kepada rakan.
Mawi pernah memenangi tujuh buah kereta antaranya Proton Satria Neo, Kia Sorento dan Proton Savvy dengan nombor plat khas, MAW1100. Hanya Suzuki Swift yang masih disimpan kerana itu kereta pertama dimenanginya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source