“Saya Mungkin Berasa Kehilangan Sekarang…”- Bekas Isteri Hisyam Hamid
Semalam, pelakon Hisyam Hamid mengesahkan rumah tangga yang dibina selama 18 tahun terlerai apabila sudah pun berpisah dengan isterinya, Rosmawati Hanafi atau Mel.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mel menyifatkan perceraian yang berlaku adalah satu kehilangan yang berat namun dia beranggapan perpisahan itu ada hikmah disebaliknya.
BACA: Hisyam Hamid Sahkan Sudah Bercerai
“Semua yang berlaku pasti bersebab. Setiap patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi. Saya mungkin berasa kehilangan sekarang, bergelut dengan soalan yang seolah-olah tiada jawapan.
“Saya melalui 1,000 perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Saya mengalami perkara-perkara yang menggoncangkan, mengubah, menghancurkan, membina dan mengajar saya lebih kuat yang pernah saya fikirkan,” katanya.
Sementara itu, Mel berkata hatinya kini terluka namun dia akan pulih dan menjadi lebih kuat di masa akan datang.
“Hati saya mungkin terluka sekarang, tapi perasaan ini tidak akan kekal lama. Hati saya akan pulih semula pada masa yang terbaik.
“Namun buat waktu ini, sudah tiba masanya untuk jadi lebih kuat, reda dengan segala ketentuan dan memperbaiki diri,” katanya.
Untuk rekod, Hisyam dan Mel berkahwin pada 2006. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah,17, dan Haydeen, 15.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source