“Jika Berbalik Pada Hukum, Tak Boleh Keluar Rumah” – Pendakwah Minta Adira Suhaimi Rujuk Jabatan Agama Berkenaan Hukum Idah
Pendakwah bebas, Da’i Anas tampil memberi respon mengenai kenyataan seorang penyanyi wanita yang menjawa kritikan peminat mengenai dirinya keluar bekerja sedangkan masih berada dalam tempoh idah.
Kata Anas, di dalam Islam terdapat kelonggaran diberikan kepada wanita namun dengan keperluan dan kadar tertentu.
Kalau keluar rumah ketika dalam tempoh idah, ada beberapa kelonggaran diberikan misalnya seorang wanita itu terpaksa menguruskan keluarga tanpa bantuan waris.
Jika berbalik pada hukum, tidak dibenarkan. Idah ni tidak kira cerai hidup tau mati perlu ikut peraturan yang telah digariskan Islam.
Dalam pada itu, Da’i Anas mengatakan dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai konteks sebenar penyanyi Adira selepas dirinya bercerai namun menasihatkan agar wanita itu merujuk kepada jabatan agama.
@beautifulnara Yang bertanya tu hulur duit belanja tak? #sembangenternainment #trendingnewsmalaysia
Masalah ini boleh rujuk pada fatwa Mufti Wilayah Persekutuan yang pernah keluarkan artikel berkenaan isu wanita dibenarkan keluar bekerja jika bercerai atau kematian suami dalam keadaan tidak diberikan apa-apa untuk meneruskan kehidupan.
Saya tidak faham konteks penuh artis itu keluar untuk tujuan apa. Jadi secara keseluruhan saya rasa lebih baik rujuk kepada jabatan agama.
Terdahulu, Adira menerusi satu hantaran TikTok memaklumkan dia perlu keluar mencari rezeki bagi menyara kehidupan dia dan empat anaknya setelah bercerai dengan Datuk Red pada 23 April lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source