Sabah terus unggul, Penang FC seri kali ketiga
KOTA KINABALU – Sabah FC mengekalkan rentak kemenangan pada aksi awal Liga Super selepas membenam Kuching City 2-1 di Stadium Likas, sebentar tadi.
Keputusan itu terus meletakkan The Rhinos dalam kelompok atasan dan kini berkongsi tujuh mata dengan Terengganu yang turut raih kemenangan pada perlawanan ketiga, semalam.
Terdahulu, Kuching City yang membawa masuk beberapa pemain lebih berkualiti terlebih dulu berada di depan menerusi bintang import, Pedro Henrique pada minit ke-64.
Bagaimanapun, dua gol dalam tempoh 10 minit menerusi Darren Lok pada minit ke-75 dan Jafri Firdaus Chew, minit ke-85 berjaya menafikan Kuching City untuk memperoleh kemenangan sulung musim ini.
Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Penang FC mencatatkan keputusan seri ketiga berturut-turut selepas diikat PDRM FC 1-1.
Jaringan bintang import dari Brazil, Rodrigo Da Silva Dias pada minit ke-52 berjaya menyelamatkan maruah Penang FC selepas tuan rumah memperoleh gol pembukaan menerusi Ifedayo Olusegun pada minit ke-32.
Tamat aksi sebentar tadi, The Cops kini menghuni tangga kelima Liga Super dengan empat mata, berkongsi jumlah yang sama dengan Sri Pahang yang baharu bermain dua kali. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source