Confirm Tak Menyesal Datang Genting Highlands, 3 Benda Ni Korang Wajib Cuba!
Sebut saja nama Genting Highlands pasti ramai yang membayangkan keseronokkan bergembira di taman tema ini bersama yang tersayang. Lebih menakjukkan, Genting Highlands ada kuasa magik sehinggakan cuaca boleh berubah sekelip mata jer! Memang berbeza dengan cuaca di Lembah Klang!
Menarik lagi, taman tema Resorts World Genting, Genting SkyWorlds Theme Park kini menawarkan pakej dan promosi kaw-kaw antaranya adalah Fly & Play Combo, 1-Day 2 Parks Combo dan Buy More Save More Combo untuk korang menikmati keseronokkan luar biasa! Makin banyaklah aktiviti yang korang boleh lakukan nanti! Kali ini kami pasti korang akan masuk list percutian yang paling awesome dalam sejarah!
Tapi jangan sampai terlepas tarikh promosi pula okey! Promosi ini sedang berlangsung dan akan tamat pada 30 September 2024 ini. Korang dah boleh lah buka kelender tengok date mana yang okey untuk korang menikmati pakej ni!
Jangan tak tahu, sejak mula beroperasinya Genting SkyWorld Theme Park seluruh taman tema ini bukan sahaja penuh dengan rides dan aktiviti riadah, ia juga dihias dengan begitu cantik, ceria dan bertemakan dunia perfileman. Memang rugi banyak kalau korang tak singgah ke sini!
Lagi-lagi bila ada promosi memang berbaloi habis. Kami yakin korang akan teruja bila jejak kaki ke sini sambil melihat sendiri 9 bahagian dunia fantasi bertema yang kebanyakannya bertemakan filem-filem ternama.
Di setiap bahagian ini korang boleh bermain rides, kiosk-kiosk makanan yang berbeza-beza, persembahan dan juga kedai-kedai di mana di situ boleh dapatkan cenderamata dan merchandise pilihan.
Selesai korang terjah Genting Skyworld Theme Park jangan lupa untuk menikmati pakej promosi 1-Day 2 Parks Combo di mana pakej ini menawarkan sehari kemasukan tanpa had ke Genting SkyWorlds & Taman Tema Tertutup Skytropolis pada hari yang sama.
Skytropolis yang merupakan sebuah taman tema indoor. Ia terletak di First World Plaza dan bersambung dengan Sky Avenue. Setiap bahagian menyediakan rides mengikut kesesuaian dan tahap umur pengunjung. Jadi korang bolehlah memilih rides yang lebih sesuai.
Gempak lagi, dengan pakej ini kanak-kanak yang di bawah ketinggian 90 cm boleh masuk ke taman secara PERCUMA! Itu untungnya bila korang pergi semasa promosi berlangsung.
Nak lagi jimat korang jangan skip untuk pilih promosi Buy More Save More Combo. Kali tu baru lah tak rasa bersalah nak angkut geng main permainan yang ada dalam Genting Highlands ni!
Penat Bermain Jangan Lupa Rehatkan Diri Di sini
Satu-satunya taman tema terbesar yang lengkap dengan penginapan mewah yang dikelilingi dengan suasana cukup menarik dan memukau siapa sahaja yang melihatnya!
Apa kata kali ini korang gabungan percutian korang di taman tema dan terus menginap di Genting SkyWorlds Theme Park Room Combo. Luangkan masa korang bersama yang tersayang untuk menginap 2H1M di hotel pilihan korang.
Ha sebelum terlupa, Genting SkyWorlds Theme Park Room Combo sekarang sedang menawarkan pakej penginapan dengan harga yang tak masuk akal. Bermula sekarang sehingga 31.12.2024 ini korang boleh tempah room combo dengan pakej-pakej yang menarik. Nak tahu pakej apa yang ngam dengan korang jangan lupa klik DI SINI.
Korang juga akan dapat 2 tiket standard Genting SkyWorlds selama sehari termasuk 3 tempahan Virtual Queue (VQ) setiap tiket semasa holiday. Dengan tempahan Virtual Queue (VQ) membolehkan korang menikmati taman tema dengan bebas sebelum slot masa yang ditetapkan bermula.
Nak lagi mudah, korang muat turun aplikasi Genting SkyWorlds untuk membuat tempahan VQ. Jika korang inginkan info lanjut mengenai VQ semasa di sana, korang boleh terjah kiosk VQ di Eagle Mountain, Rio, Ice Age dan Andromeda Base.
Nak Jadi VIP di Genting SkyWorlds Pun Boleh!
Siapa cakap di Genting SkyWorlds semua kena buat sendiri? Rilex! Korang boleh jadi VIP juga. Lagi mudah jadi VIP kan serba serbi dilayan bak putera puteri raja!
Tapi sebelum tu haruslah langgan dulu pakej VIP Experience. Dengan pakej ini korang akan ditemani ambassadors VIP Experience selama tiga jam untuk mengembara dalam dunia Genting SkyWorlds.
Pakej VIP ini juga membolehkan korang ‘potong queue’ untuk rides dan korang juga boleh dapat view VIP bila menonton persembahan nanti.
Bukan tu sahaja, di setiap section akan diselitkan dengan cerita sebenar dari ambassadors VIP korang. Kiranya dengan pakej ni tak ada lah korang hanya pergi bergambar jer, korang juga akan tahu cerita-cerita filem tersebut.
Bab gambar korang tak perlu risau, semua itu kerja ambassadors VIP yang akan bersama korang nanti. Korang tunggu muat turun apps mereka jer untuk dapatkan gambar. Yang siap dijadikan frame pun ada tau. VIP kan semuanya tip top lah!
@erminahismail Banyak lagi sebenarnya tempat menarik tapi tak pergi? seronok la bawak keluarga ke genting tapi kena make sure fulus anda tebal?? #erminahracun #elyshasofea #jalanjalan #gentinghighlands #familytime #familyfun #gentingskyworlds #gentingskytropolis #gentingskyway #cablecar #gentingcablecar #tempatmenarik #gentinghighlands #starbucks #shopping #12012023 ? The Show – Lenka
Untuk korang yang ingin bertempur di ruang angkasa bersama yang tersayang sambil merakam aksi kesayangan korang di setiap section perfileman jangan lupa jadikan Genting Highlands sebagai destinasi percutian terindah korang!
Time banyak promosi ni lah kena rebut kaw-kaw kalau nak berjimat semasa bercuti. Selamat berhealing di atas awan nanti!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source