KWAP labur RM3 bilion dana pelaburan syariah
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) akan melabur sehingga RM3 bilion menerusi Dana Pemacu dalam pelaburan patuh syariah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu akan dilakukan dalam pelaburan patuh syariah untuk menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan di samping memangkin ekosistem pelaburan teroka.
Katanya, Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan mewujudkan pertukaran sosial pertama di negara ini yang merupakan pendekatan berstruktur untuk penyertaan modal swasta dalam projek dengan hasil sosial positif.
Beliau memberitahu, usaha itu akan memberi manfaat kepada entiti seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perusahaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
“Ketiga, saya juga berbesar hati memperkenalkan dimensi baharu kepada terbitan sukuk di bawah kerajaan melalui struktur wakalah bil-khadamat.
“Kami merancang memuktamadkan sukuk ini menjelang 2025 sambil berusaha melengkapkan semua susunan dan penyediaan diperlukan.
“Keempat, kami akan terus berinovasi pada sukuk struktur terutama untuk memenuhi keperluan terbaik peralihan iklim dan tenaga bersama-sama dengan kemapanan, membina inovasi masa lalu seperti SRI struktur sukuk ihsan dan kaitan dengan wakaf,” katanya ketika berucap dalam Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, sistem ekonomi dan kewangan Islam tidak harus tertumpu hanya kepada perbankan dan industri halal.
Perdana Menteri berkata, sebaliknya ekonomi dan kewangan harus meliputi kerangka maqasid syariah dan cabaran baharu khususnya bidang sekuriti makanan dan kecerdasan buatan (AI).
Menurutnya, ekonomi dan kewangan Islam kini mempunyai potensi begitu meluas sekali gus memerlukan penggemblengan idea dan usahasama pelbagai pihak.
“Kekuatan ekonomi Islam harus mencakupi bidang meluas dan tidak kepada kaedah bidang fiqh, hukum semata-semata,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang akhbar di majlis sama, Anwar menjelaskan, kerajaan mempertimbangkan segala aspek termasuk impak ekoran pengumuman penyasaran subsidi diesel.
Diminta mengulas cadangan agar inisiatif itu diperluas kepada lebih banyak industri, beliau berkata, ia akan dijawab oleh Menteri Pengangkutan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Berhubung dakwaan pemberian tender membabitkan suami kepada seorang menteri, Perdana Menteri memberitahu, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Anwar berkata, setiap siasatan di negara ini perlu melalui proses tertentu seperti termaktub dalam undang-undang.
“Terserah kepada autoriti, kalau mereka ada laporan, perlu ada ketelusan.
“Kalau ada laporan, ada siasatan, ada prosesnya,” ujarnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source