Ini Rupanya Sebab Mengapa Ella Suka ‘Libas-Libas’ Rambut Dengan Gaya Manja Ketika Zaman Kegemilangan…
Nama penyanyi lagenda Ella sememangnya sudah dikenali ramai kerana popularitinya sebagai seorang pemuzik dan juga pelakon di Malaysia.
Mula mencipta nama sejak usianya baru sahaja 17 tahun, Ella mula bergera secara solo setelah meninggalkan kumpulan ‘Ella & The Boys’ dan bernaung di bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia.
Tular baru-baru ini apabila satu video podcast ‘Ella Rasa’ mendedahkan mengapa penyanyi lagu Pengemis Cinta itu gemar melibas-libaskan rambutnya ketika membuat persembahan suatu ketika dahulu.
Perkara itu didedahkan Jojie, iaitu kakak kepada Ella buat hiburan bersama peminat.
You all nak tahu kan Ella punya rahsia, masa kecik dia selalu cakap dia tak cantik, tak lawa.
Lepastu dia lepaskan rambut dia tu, sebenarnya dia punya libasan rambut itu hanyalah untuk menutup muka dia yang tak lawa yang dia rasa.
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji kecantikan kedua-dua adik beradik itu yang awet muda dan masih lagi aktif berkarya sehingga kini meskipun sudah pun mencecah usia 50-an.
Kata netizen, hanya Ella selebriti yang dibenarkan manja dan ‘gedik’ tanpa perlu dibenci peminatnya sehingga kini!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source