18 tahun tak lena tidur selagi pembunuh Gaik Yap tidak dihukum mati
SUNGAI PETANI – Keluarga mendiang Chee Gaik Yap yang mati dibunuh di sini, 18 tahun lalu kini sudah boleh tidur lena kerana kematian eksekutif pemasaran itu kini terbela selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati kepada pelakunya kelmarin.
Keluarga mendiang terutama bapanya, Chee Ah Sau, 67, menjadi individu yang sangat gembira dengan perkembangan kes berkenaan kerana kematian anak perempuan mereka itu mendapat pembelaan sewajarnya.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Berapit, Pulau Pinang, Datuk Lydia Ong Kok Foi selaku jurucakap keluarga berkenaan berkata, ia sesuatu yang amat panjang kerana mereka telah mengikuti perkembangan kes itu sejak 18 tahun lalu.
Katanya, selama ini dia bersama ahli keluarga mangsa telah berusaha keras bagi memastikan kematian Gaik Yap, 25, terbela dan tertuduh, Shahril Jaafar, 43, mendapat hukuman sewajarnya.
“Selama 18 tahun kami tidak dapat tidur lena selagi penjenayah yang membunuh Gaik Yap tidak mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu.
“Ah Sau gelisah dan seolah-olah sudah trauma mahu mendengar keputusan mahkamah kerana bimbang ia tidak berpihak kepada mereka. Pada 2013, dia cuba terjun selepas kecewa apabila mahkamah membebaskan Shahril ketika itu,” katanya ketika dihubungi.
Semalam Kosmo! melaporkan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung ke atas Shahril yang juga anak orang kenamaan (VIP) bergelar Datuk yang didapati bersalah melakukan pembunuhan kejam ke atas Gaik Yap.
Fakta kes menunjukkan kematian Gaik Yap adalah luar biasa kerana kejadian rogol dan liwat dilakukan pada waktu siang di kawasan kunjungan ramai yang merupakan tempat selamat.
Sebelum kejadian, mangsa telah membeli beberapa helai baju yang akan dipakai sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambutnya di Jerman pada hujung Januari 2006.
Gaik Yap yang dikatakan telah mempunyai teman lelaki dijadual akan berlepas ke Jerman bersama dua rakan sekerjanya bagi mengikut kursus di negara tersebut.
Bagaimanapun, kegembiraan gadis itu berkecai apabila dia bukan setakat ditemukan mati dibunuh, malah menjadi mangsa rogol.
Ah Sau, 49, dipetik sebagai berkata, anak perempuannya itu sebenarnya tidak sabar-sabar untuk mengikuti kursus yang dihantar oleh syarikat tempatnya bekerja.
Katanya, tawaran kursus di Jerman bukan sesuatu yang mengejutkan kerana anak perempuannya itu memang seorang yang bijak.
Sejak dari sekolah rendah lagi, Gaik Yap yang juga bekas graduan dari Universiti Utara Malaysia sentiasa mendapat keputusan cemerlang.
Menurut Lydia, mereka kini boleh menarik nafas lega selepas mendapati hukuman mati itu dikekalkan.
Tambahnya, bapa mendiang merupakan orang yang sangat gembira kerana kematian anak perempuannya akhirnya itu mendapat pembelaan yang sewajarnya.
“Selepas 18 tahun hidup dalam kesedihan, kini keluarga mendiang sudah boleh tidur lena selepas pembunuhnya mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source