Didi Astillah Nafi Bella Astillah Dah Berbaik Dengan Aliff Aziz
Adik kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah iaitu Didi Astillah menafikan dakwaan tular mengatakan kakaknya sudah berbaik dengan suaminya iaitu penyanyi sensasi, Aliff Aziz.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Didi berkata apa yang diperkatakan itu adalah sahih serta menegaskan bahawa kakaknya itu tidak ada berbaik dengan Aliff.
BACA: “Saya Dah Lama Move On & Cuba Hidup Tenang”
“Untuk pengetahuan korang, Bella memang tak ada contact okay. Berita ini sahih okay. Janji…janji. Siapa yang dah terkomen, tengok live ini, yang rasa geram kat artikel tu, yang bash Bella, korang pergi komen balik. Pergilah bagitahu yang adik Bella dah beritahu tak ada, tak ada berbaik,” katanya.
Sementara itu, Didi turut meminta orang ramai tidak percaya dengan berita yang keluar yang adakalanya tidak sahih serta menegaskan kakaknya nekad dengan keputusannya untuk bercerai dengan Aliff.
“Kamu jangan percaya benda itu. Kadang-kadang kan berita yang tak sahih itu yang keluar. Saya nak cakap satu saja, Bella…kakak saya tidak berbaik, tak berhubung pun.
“Memang nak cerai sudah, itu saja cerita dia okay. Saya memang bagi berita sahih memang nak cerai. Itu saja cerita dia,” katanya.
Semalam, menerusi perkongsian di Insta Story, Bella terkilan dengan laporan berita mendakwa hubungannya dengan suaminya sudah berbaik. Dakwaan itu timbul selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka dilaporkan sudah ditunda daripada 4 Jun ke 13 Jun ini.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source