Tiga kelab beri Man. City sokongan
LONDON – Tiga kelab pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL) difahamkan telah menyokong tindakan Manchester City untuk mengheret pentadbir Liga Perdana Inggeris (EPL) ke mahkamah selepas pasukan itu didakwa terbabit penyelewengan dana sejak 2009.
Difahamkan, tiga kelab terbabit adalah Chelsea, Aston Villa dan Newcastle United yang membuat keputusan untuk memihak kepada City kerana percaya undang-undang EPL perlu lebih adil kepada semua pihak.
Menurut laporan, City mahu undang-undang seperti transaksi melibatkan pihak berkaitan (APT) perlu dimansuhkan kerana itu adalah hak kepada pemilik kelab untuk mencari dana tambahan untuk pasukan bersaing secara kompetitif.
Buat masa ini, The Citizens dianggap antara kelab terkaya EPL apabila berjaya menjuarai enam trofi liga sejak dibeli oleh hartawan dari Abu Dhabi, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan pada tahun 2008.
Sebagai rekod, City dituduh gagal untuk mengemukakan maklumat kewangan tepat mengikut peraturan Liga Perdana sejak saingan 2009/10 sehingga 2017/18.
Namun, pada awal minggu ini City telah mengambil keputusan untuk melantik peguam terbaik Eropah untuk melawan EPL di mahkamah tinggi apabila proses perundangan akan bermula secara rasmi pada November depan.
Sementara itu, 10 kelab EPL pula telah memberikan kerjasama untuk memberikan kenyataan kepada mahkamah sebagai saksi atau menghantar surat rasmi dengan menyokong agar pendakwaan dikekalkan.
Mengikut peraturan yang termaktub dalam Liga Perdana, City berkemungkinan besar berdepan penolakan mata, membayar pampasan dan paling teruk mereka boleh disingkirkan daripada saingan EPL sekiranya bersalah. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source