Resepsi mewah, Syasya Dolla gayakan barang kemas RM5 juta
SHAH ALAM – Persis pasangan diraja, majlis persandingan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya dan suami, Nasrullah Mohd. Sapie yang berlangsung dalam suasana serba mewah di Magica Subang Hall, malam tadi.
Pada malam yang penuh berbunga-bunga itu, pasangan merpati dua sejoli mengenakan persalinan sedondon biru muda tajaan Jakel.
Bukan hanya itu, ibu Syasya iaitu Farah Farina Abd. Razak mendedahkan puteri kesayangannya itu turut menggayakan barang kemas dan aksesori tajaan Habib Jewels bernilai RM5 juta.
“Kita belum buat kiraan lagi, tetapi untuk Syasya, Habib taja RM5 juta barang kemas yang dipakai malam ini.
“Manakala untuk saya pula RM500,000. Selain Habib, Jakel pun ada taja dan banyak lagi.
“Alhamdulillah ada banyak tajaan yang masuk dan saya berterima kasih kepada penaja yang saya tak dapat nak sebut satu persatu,” ujarnya kepada Kosmo! Online.
Farah yang mesra disapa Riena turut berkongsi mengenai keperibadian menantunya yang disifatkan sebagai lelaki budiman dan pandai mengambil hati puteri kesayangannya itu.
“Nasrullah anak yang baik, dia pun datang daripada keluarga yang baik-baik juga.
“Dia hormat orang tua selain pandai mengambil hati Syasya dan keluarga. Sebab itu Syasya jatuh cinta lebih, sanggup tinggalkan semua (Dolla),” ujarnya.
Pada 8 April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila mengumumkan tidak lagi bersama Dolla. Keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.
Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source