Raja Salman taja lagi 1,000 jemaah haji
RIYADH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz menitahkan penganjuran haji bagi 1,000 ahli keluarga penduduk Palestin yang terbunuh atau cedera dalam perang di Gaza, lapor akhbar Arab News semalam.
Dekri diraja itu dikeluarkan selepas perintah serupa diumumkan pada Mei lalu, melibatkan 1,000 waris mangsa genosid Israel.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan jemaah haji Palestin yang ditaja baginda pada tahun ini seramai 2,000 orang.
Langkah itu sebahagian daripada Program Tetamu Dua Masjid Suci untuk Haji dan Umrah di bawah seliaan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan.
Sejak penubuhannya pada 26 tahun lalu, lebih 60,000 jemaah haji telah ditaja di bawah program tersebut.
Menterinya, Sheikh Abdullatif Al-Sheikh menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman atas langkah tersebut.
Katanya, sejak titah diraja dikeluarkan, Kementerian berkenaan telah membuat persiapan untuk menerima keluarga para syuhada dan mereka cedera dari Palestin sebagai tetamu diraja.
Perintah itu akan dilaksanakan menerusi beberapa jawatankuasa yang ditugaskan untuk menjaga tetamu Allah serta membolehkan mereka menunaikan ibadah haji dengan mudah dan selesa. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source