Aedy Ashraf Tak Cemburu Sharnaaz Post Gambar Dengan Amelia Henderson
Pelakon Aedy Ashraf tidak rasa cemburu apabila aktor Sharnaaz Ahmad dilihat ada memuat naik gambar dengan teman istimewanya, Amelia Henderson dengan kapsyen pujian.
Memetik mStar Online, Aedy berkata dia menganggap Sharnaaz seperti seorang abang dan apa yang dilakukan oleh aktor itu adalah perkara biasa dan melihat ianya pujian yang membina.
BACA: Aedy Ashraf Jatuh Cinta Dengan Amelia Henderson Bukan Sebab Paras Rupa
“Janganlah marah Sharnaaz, dia adalah abang untuk saya dan Amelia. Dia punya teguran atau pun pujian itu membina. Tak perlu nak marah-marah Sharnaaz. Saya dan dia pun dah seperti adik, abang. Kami juga ada berbalas komen di Instagram.
“Saya menghormati dia sebagai seorang pelakon dan juga abang. Kami semua sama-sama satu industri dan saya pun tak nampak maksud lain ketika dia posting pujian itu,” katanya.
Sementara itu, Aedy berkata dia tidak melihat perkara itu sesuatu yang negatif dan Amelia layak menerima pujian daripada rakan pelakon lain serta enggan peduli dengan apa diperkatakan netizen.
“Saya rasa biasalah, mereka (netizen) nak cakap apa pun mereka boleh cakap. Tapi saya tak nampak benda itu sebagai satu perkara yang negatif.
“Sebaliknya, bagi saya ia positif dan Amelia juga merupakan pelakon yang bagus. Jadi siapa-saipa yang mahu memujinya sudah tentu, dia layak menerima pujian itu,” katanya.
Sebelum ini, Sharnaaz dilihat ada memuat naik gambar bersama Amelia dan ada netizen mengatakan keduanya dilihat sesuai bersama. Namun ada netizen menuduh Sharnaaz seolah tidak menjaga hati Aedy.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source