Aliff Syukri Nasihat Pekerja Angkat Call Majikan Meskipun Cuti, Selepas Waktu Kerja
Usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri berpendapat pekerja perlu sentiasa bersedia apabila menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja atau pun pada hari minggu.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Aliff berkata pekerja tidak seharunya berkira untuk menerima panggilan daripada majikan mereka kerana mereka akan dihargai jika rajin.
BACA: Kadir Sheikh Fadzir Saman Aliff Syukri RM70 Juta
@papalarisofficial Untuk boleh berjaya korang mestilah kerja tak berkira, yang paling penting kalau boss telefon di angkat jangan senyap…
“Bos selalu telefon masa bukan waktu kerja boleh angkat tak? Okay bila bos korang telefon bukan waktu kerja kena angkat wajib angkat mana tahu ada perkara penting.
“Kalau bos telefon waktu cuti Sabtu Ahad kena angkat tak? Kena angkat sebab orang yang rajin, orang yang bos hargai ini adalah orang-orang yang tak berkira.
“Jadi walaupun masa cuti kena beritahu ‘ya bos, kenapa bos apa yang boleh saya bantu?’ Kalau katakan kau tengah sibuk, kau tak sempat nak angkat telefon balas WhatsApp cakap ‘kenapa bos tadi saya tengah mandi, tengah berak’” katanya.
Menurut Aliff lagi, daripada situ juga majikan dapat melihat pekerja yang berdedikasi dalam masa yang sama dilihat menghormati majikan.
“Jangan senyap sebab kalau kita sendiri nak jadi bos kepada pekerja kita tapi anda tak boleh menghormati bos anda, anda tak nampak dedikasi macam mana bos anda nak naikkan pangkat, nak naik gaji.
“Jadi anda seorang pekerja yang bagus kena sentiasa mengangkat telefon majikan walaupun malam, siang atau pagi ke petang. Cuma kalau tak sempat tu kenalah balas,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source