80 pemain dari sembilan negara bakal berentap di RSGC bagi merebut 4 trofi
KUALA LUMPUR – Seramai 80 pemain dari sembilan negara termasuk Malaysia, bakal berentap pada Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Royal Selangor Golf Kelab (RSGC) Edisi Ke-47, pada 23 hingga 25 Julai depan.
Antara negara luar yang menyertai kejohanan ini ialah Australia, China, Jepun, India, Pakistan, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia.
Seperti edisi sebelumnya, ia turut mempertandingkan empat kategori iaitu Trofi Tuanku Bahiyah (juara gross), Trofi Toh Puan Norashikin (juara nett), Trofi Datin Azian (juara gross berpasukan) dan Trofi Clarissa Lee (juara nett berpasukan).
Pada tahun ini, para peserta dijangka berhadapan dengan cabaran cuaca di mana ramalan La Nina bakal melanda negara bulan depan, ia sekali gus menguji ketahanan mental dan fizikal pemain selama tiga hari beraksi di lapangan berusia 132 tahun ini.
Pemain amatur negara yang sedang meningkat naik, Mirabel Ting yang kini menduduki tangga ke-24 berdasarkan Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR) adalah antara pemain yang akan beraksi dalam kejohanan ini, bagi misi mengekalkan kejuaraan miliknya pada tahun lalu.
Pengerusi Penganjur Kejohanan, Ai-leen Tan berkata, kejayaan menarik lebih ramai pemain dalm ranking dunai WAGR bakal menjadikan Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC Edisi Ke-47 kali ini lebih berprestij.
“Dengan kehadiran pemain ranking dunia, kami harapkan taraf kejohanan ini juga akan meningkat. Penyertaan pemain amatur wanita Malaysia dan dari negara lain juga akan memastikan matlamat kejohanan ini sebagai landasan penting memperkembangkan sukan golf di negara ini.
“Matlamat kami untuk menjadikan kejohanan ini acara serantau dalam beberapa tahun lagi,” katanya pada sidang akhbar pengumuman kejohanan itu di RSGC baru-baru ini.
Menurut Ai-leen, sudah lebih 50 pemain mengesahkan penyertaan dengan 18 daripadanya merupakan peserta luar negara.
Katanya, pihaknya menyasarkan 80 pemain menyertai kejohanan kali ini dan jumlah itu mungkin bertambah kepada 90 peserta.
Mengulas mengenai perbezaan pada kejohanan kali ini, Ai-Leen memberitahu, RSGC memberi kelebihan kepada pemain di bawah WAGR dengan lima peserta awal di ranking Top 250 boleh menyertai kejohanan secara percuma, khidmat kedi percuma dan penginapan percuma selama lima malam.
Untuk pemain di ranking 251 dan ke 500, mereka boleh menikmati insentif penyertaan secara percuma manakala pemain di ranking 501 dan ke atas akan menerima 50 peratus diskaun yuran penyertaan.
Sementara itu, mengulas mengenai keselamatan pemain menjelang kejohanan yang bakal berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu, Pengerusi Golf RSGC, Ezani Datuk Abu Bakar berkata, pihak kelab sentiasa bersedia untuk memastikan padang golf berada dalam keadaan terbaik.
Katanya, RSGC akan memastikan jumlah lokasi penyediaan air digandakan agar tahap dehidrasi pemain, kedi dan penonton tidak terjejas sepanjang kejohanan berlangsung.
“RGSC akan memantau keadaan rumput terutamanya di green berada pada tahap kelajuan yang diharapkan iaitu antara 10.5 hingga 11 bagi menguji kehandalan setiap pemain yang beraksi,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source