Jerman terlalu kuat buat Scotland
MUNICH – Hajat Scotland untuk meraih kemenangan pertama ke atas Jerman dalam tempoh 25 tahun tidak terlaksana apabila tewas 1-5 pada aksi pembukaan Euro 2024 di Allianz Arena, sebentar tadi.
Keputusan itu menjadi kemenangan ketiga Jerman ke atas Scotland dalam empat pertemuan di kejoanan utama termasuk kejayaan 2-1 di Piala Dunia 1986 dan 2-0 pada Euro 1992.
Terdahulu, jaringan pembukaan Euro 2024 kali ini menjadi milik Florian Wirtz yang hanya memerlukan 10 minit untuk meledak gol pertama perlawanan sekaligus melonjakkan namanya sebagai penjaring termuda dalam sejarah penyertaan Jerman di kejohanan ini pada usia 21 tahun 42 hari.
Selang sembilan minit selepas itu, tuan rumah yang mendominasi hampir keseluruhan aksi 45 minit pertama makin selesa dan kali ini giliran Jamal Musiala merakam nama selaku penjaring.
Scotland tidak berputus asa namun minit ke-44, situasi bertambah sukar apabila pertahanannya, Ryan Porteous dilayangkan kad merah kerana mengasari Ilkay Gundogan dalam kotak penalti dan kesempatan itu tenang disempurnakan oleh Kai Havertz.
Walaupun kekal dengan kemahuan untuk pamer kebangkitan, jurang kualiti jelas tidak berpihak kepada Scotland yang terus dipaksa menumpukan perhatian kepada tugasan bertahan.
Keputusan pengendali Jerman, Julian Nagelsmann memasukkan Niclas Fullkrug bagi menggantikan Havertz pada minit ke-63 nyata jadi percaturan berbaloi apabila penyerang 31 tahun hanya memerlukan lima minit untuk menambah gol keempat.
Minit ke-87, Scotland akhirnya memperoleh gol saguhati menerusi jaringan sendiri Antonio Rüdiger namun Jerman terus garang untuk menghasilkan gol kelima hasil rembatan Emre Can. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source