“Bella Gembira, Tak Nampak Tertekan Langsung”
Penyanyi Didi Astillah meluahkan rasa syukur kemelut rumah tangga Bella Astillah telah pun selesai dan akan sentiasa menyokong kakaknya untuk terus bangkit.
Memetik HibGlam, Didi berkata kakaknya tenang menghadapi dugaan serta berkongsikan keadaan Bella dilihat gembira dan tidak tertekan langsung.
BACA: Didi Astillah Nafi Bella Astillah Dah Berbaik Dengan Aliff Aziz
“Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kami sekeluarga akan sentiasa memberikan sokongan kepada Bella supaya bangkit selepas ini
“Jangan putus doakan Bella, insya-Allah dia kuat mengharungi semua ini. Dia gembira sahaja dan nampak tidak tertekan langsung. Semalam kami makan sedap-sedap dekat Jakarta,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan kedua-dua anak saudaranya, Ayden dan Ara, Didi berkata mereka gembira menjalani kehidupan seperti biasa.
Dalam pada itu, apabila ditanya hubungan dengan bekas abang iparnya Aliff Aziz selepas ini, Didi berkata dia enggan mengulas mengenai perkara itu.
“Saya tak mahu ulas perkara itu, tapi buat masa sekarang tidak. Masa akan datang tidak tahu. Apa yang penting saya nak move on daripada semua ini,” katanya.
Kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu pada Khamis lalu.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source