[VIDEO] Daging korban masih ‘berdenyut’ selepas dilapah itu normal
PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok berkongsi video memaparkan beberapa ketul daging korban yang masih bergerak sehingga meraih keterujaan netizen, hari ini.
Menurut pemilik akaun @arfasyrf, dia berasa geli apabila melihat keadaan daging tersebut kerana difahamkan itu adalah pengalaman kali pertamanya.
Dia juga mengaitkan perasaannya itu sebagai trypophobia iaitu rasa takut melampau terhadap lubang-lubang rapat di sebuah permukaan sama ada pada benda hidup atau bukan hidup seperti kulit tangan, lidah atau sarang lebah termasuklah daging korban.
Sementara itu perkongsian Mohd. Naim di Facebook sebelum ini memaklumkan, daging korban yang baru sahaja dilapah dan menunjukkan tindak balas seperti bergerak atau berdenyut, adalah normal.
Katanya, ini kerana daging itu masih segar dan walaupun ia baru sahaja dipisahkan daripada otak dan bekalan darah, tetapi sel-sel di dalamnya masih hidup.
“Masih berlaku banyak reaksi kimia, saraf, kalsium, potasium, sodium, actin dan sebagainya. Biarkan ia berehat dulu.
“Ia akan berlaku kepada daging yang betul-betul segar,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
@arfasyrf EEEYEKK GELI🤣🤣 sape meremang tngok ni😭 #trypophobia ♬ original sound – Arifasyraf
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source