Tukang rumah ‘hilang suara’ selepas leher ditebuk
PONTIAN – Kehidupan seorang tukang rumah bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila dia hanya terlantar di atas katil sehingga tidak mampu lagi bekerja untuk menampung keperluan keluarganya.
Mohd. Nazli Khamis, 42, yang berpisah dengan isterinya pada bulan Oktober tahun lalu juga terpaksa bergantung harap kepada bapanya, Khamis Mohd. Dom, 70, dan kakaknya, Nadia Khamis, 46, untuk urusan harian.
Menurut Khamis, anak lelakinya itu terjatuh ketika berada di rumah menyebabkan berlaku pendarahan di kepala sehingga perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku.
Katanya, Mohd. Nazli berada selama kira-kira dua minggu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan hanya dibenarkan balik ke rumahnya pada awal bulan Jun baru-baru ini.
“Mohd. Nazli bekerja sebagai tukang rumah seperti saya sebelum ini dan menjadi tempat kami bergantung harap. Kini, dia pula ditimpa kemalangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Mohd. Dom, Rambah, di sini baru-baru ini.
Tambah Khamis, lebih menyedihkan apabila Mohd. Nazli tidak mampu lagi untuk bercakap kerana lehernya telah ditebuk bagi membantu pernafasan selain hanya meminum susu formula bagi menggantikan nasi.
“Daripada seorang yang aktif dan cergas dengan kerja-kerja membina rumah, dia kini seperti seorang kanak-kanak yang perlu dijaga sepanjang masa,” ujarnya.
Katanya, Mohd. Nazli sebelum ini mendapat upah RM2,000 bagi kerja-kerja yang dilakukan, tetapi kini bergantung kepada pendapatan suami kakaknya yang bekerja sebagai mekanik di Johor Bahru.
Menurut Khamis, dia bergilir-gilir menjaga anaknya pada waktu malam bersama Nadia, kerana Mohd. Nazli hanya dapat tidur sejam atau dua jam dan selepas itu, akan berjaga sehingga siang.
Sementara itu, Nadia memberitahu, Mohd. Nazli merupakan anak kedua daripada tiga beradik, manakala adik perempuan bongsunya berusia 40 tahun telah berkeluarga dan tinggal di Johor Bahru.
“Keperluan ketika ini adalah untuk membeli susu formula yang berharga RM55 setin yang mana Mohd. Nazli perlu minum susu empat jam sekali, selain keperluan lampin pakai buang.
“Lampin pakai buang pula bergantung kepada adiknya, jika kerap membuang air besar, banyaklah penggunaanya,” jelas Nadia.
Tambah Nadia, setakat ini Mohd. Nazli belum mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, namun pihaknya akan membuat permohonan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Nadia Khamis (0199541100776341) atau talian (011-33025700) atau di alamat Lorong Mohd Dom, Kampung Rambah, Pontian, Johor.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source